Syarikat penerbangan butik Sarawak tidak bermotifkan kepada keuntungan semata-mata sebaliknya ia sebagai akses perkhidmatan untuk membawa pelabur dan pengunjung untuk masuk ke Sarawak.
Tegas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, syarikat penerbangan butik dimiliki oleh kerajaan negeri Sarawak itu mempunyai model perniagaan yang unik tanpa meniru model Malaysia Airlines (MAS) mahupun syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.